Pengumuman & Berita
 
  Pengumuman & Berita > Pengumuman Terkini > Penangguhan Kejohanan Petanque Koperkasa 2011 Siri Ke-5
 

Kepada semua peserta Kejohanan,

Adalah dimaklumkan bahawa Kejohanan Petanque Koperkasa 2011 Siri Ke-5 yang dijadualkan pada 12 - 13 November 2011 dan 26 - 27 November 2011 telah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian untuk menghormati kembalinya ke Rahmatullah Pengerusi Koperkasa, Allahyarham Haji Alif Bin Bacha Madarshah pada 8 November 2011 yang lepas. Pihak Koperkasa memohon maaf sekiranya timbul kesulitan disebabkan penangguhan kejohanan ini.

Harap maklum.

Pengurusan KOPERKASA
Jumaat, 11 November 2011